ZulSadon.com
No Result
View All Result
  • Kandungan Utama
    • Apabila Kamera Dipetik
    • Cerita Hikayat
    • Cerita Zaman Kecil
    • Diari Lelaki
    • Foodies
    • Hospitality
    • Kongsi Pengetahuan
    • Memancing
    • Pesanan Khidmat Masyarakat
    • Sketsa Kehidupan
    • Travel
  • Product Review
  • Laman Utama
  • Blog Pilihan
    • MasterLatif.com
    • azuanzahdi.com
    • kakitravelkhairuddin.blogspot
    • nota-kembara.blogspot
    • cikepal06.blogspot
    • iluvislam.com
  • About Me
  • Contact
zulsadon.com
No Result
View All Result

Danau Perikanan, Bukit Cahaya Sri Alam, Tidak Seperti Dahulu

by ZulSadon
January 2, 2019
in Memancing
Share on FacebookShare on Twitter
Beberapa minggu yang lalu, aku bersama rakan-rakan sekerja telah menganjurkan satu trip memancing di Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam (juga dikenali sebagai Bukit Cerakah). Trip memancing ikan air tawar yang pertama, sebagai pembukaan tahun 2012 ni, sejak lebih kurang 4 ke 5 bulan masing-masing ‘menjeruk’ batang joran  ke dalam stor serta bonet kereta. Kalau tak silap, trip terakhir kami tahun lepas, di Temerloh Pahang, di mana kami puas menuai hasil dari lubuk Bob, kawan sekerja aku jugak…. Terima kasih jugak la buat Bob atas resepi ikan patin bakar bersadur tempoyak yang sampai hari ni, kalau aku teringat-ingat akan kenikmatan serta kelazatan menu tu, buat aku ‘ngences!’Lupakan la cerita lama tu. Tinggal kenangan yang indah.

 

Ape pun trip ke Bukit Cerakah baru-baru ni memang mengecewakan (padahal tiap-tiap kali pergi pun tak de hasil…) Cume yang paling mengecewakan aku ialah keadaan salah satu lokasi memancing di sana, yang kini umpama tak diselenggara dengan baik. Lokasi yang aku maksudkan ialah Danau Perikanan. Tasik kecil yang menjadi kegemaran pemancing mahupun pengunjung ke Bukit Cerakah. Tasik yang menyimpan banyak  ikan-ikan air tawar seperti Patin, Haruan, Belida, Baung, Lampan serta Talapia. Tapi sekarang, apa sudah jadi kepada tasik ni? Mungkin gambar-gambar yang bakal aku pertontonkan di bawah ni, dapat menjelaskan keadaan yang aku maksudkan. Mari kita lihat…


Kat wakaf tu lah, aku dapat menyaksikan seekor ikan patin bersaiz XL berjaya dinaikkan oleh seorang pemancing. Sekarang… Pancing punya pancing, dapat keladi bunting je la…
Bukan sahaja memancing, lokasi ni dahulunya, juga  menjadi tempat perkelahan serta pelbagai program berkumpulan seperti Sambutan Hari Keluarga dan sebagainya. Sekarang sepi…  Lihatlah tumbuhan keladi bunting yang menutup terus permukaan air. Nak mancing macam mana ni?




Dah tak de dah panorama ikan melompat-lompat pada permukaan air.
 Eh! Tu kat tengah tu bukan ikan? Errr ikan la sangat…
Nampak macam padang bola pulak dah… Try hulur kaki..
Kompom kedebushhh!!!
Inilah dia Keladi Bunting yang aku maksudkan. Samaada ini hanya proses semulajadi pemulihan tasik ni atau  mungkin Danau Perikanan ni memang tak terbela.


Siapa yang nak jawab?


Aku harap, kunjungan seterusnya pada masa-masa mendatang, Danau Perikanan, Bukit Cahaya Sri Alam, Kembali Seperti Dahulu…
Share4Tweet3Share1
ZulSadon

ZulSadon

Related Posts

Mudik ke Selat Klang
Memancing

Mudik ke Selat Klang

January 9, 2019

Ke Selat Klang menahan belat, Meranduk lumpur terpijak duri, Kuat bersatu senada bulat, Jangan diikut kepala sendiri Pengajarannya, kekuatan kita...

Memancing Di Pelabohan Klang
Memancing

Memancing Di Pelabohan Klang

January 2, 2019

Pembukan kembara pancing 2019. Bukan mega trip. Sekadar melepaskan masa terluang sempena cuti umum awal tahun 2019. Trip yang langsung...

Haruan Hunter
Memancing

Haruan Hunter

January 2, 2019

Assalamualaikum Buddies! Musim hujan melanda 2017. Januari, agak lewat musim hujan tahun ni. Kebiasaannya dalam bulan 10-12. Tapi tahun ni...

Mudik Ke Sungai Linggi
Memancing

Mudik Ke Sungai Linggi

January 2, 2019

Pak Abu menebar jala, Jala ditebar di Sungai Linggi, Walau ilmu penuh di dada, Jangan suka menyombong diri   Itu...

Next Post

Muntah Hijau

Rise of The Planet of The Apes II

Cerita Zaman Kecil: Pesan Atuk II

Comments 1

  1. Mata Pena Fadz says:
    7 years ago

    suka tgok…aktviti awk tuh dekatkn diri dgn alam ciptaan Tuhan…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ADVERTISEMENT
zulsadon.com

Sebelumnya pernah berada di thetimelines2u.blogspot.com

  • Hubungi Kami

© Since 2010 zulsadon.com (Hotelier-Blogger) - Premium Wordpress by masterlatif.com.

No Result
View All Result

© Since 2010 zulsadon.com (Hotelier-Blogger) - Premium Wordpress by masterlatif.com.

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In